Orang-orang yang membolehkan perayaan maulid ini memiliki banyak dalil (syubhat), dan di sini kami akan menyebutkan 22 dalil sebagai wakil dari dalil-dalil mereka yang tidak disebutkan di sini.
Itupun semua dalil mereka hanya berkisar pada 4 keadaan:
Itupun semua dalil mereka hanya berkisar pada 4 keadaan:
1. Ayat atau hadis yang sahih akan tetapi salah pendalilan (yakni tidak digunakan pada tempatnya – edt).
2. Hadis lemah, bahkan palsu yang tidak boleh diguna sebagai hujjah.
3. Perkataan sebahagian ulama, yang mereka ini bukan merupakan hujjah bila menyelisihi dalil.
Berikut huraiannya:
Pertama: Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Yunus ayat 58:
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
Maksudnya: “Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada sesuatu yang mereka kumpulkan.”
Mereka
berkata, “Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kita untuk
bergembira dengan rahmat-Nya. Sedang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam adalah rahmat-Nya yang paling besar. Oleh kerana itulah,
kita bergembira dan merayakan maulid (hari lahir) baginda”.
Di antara yang berdalilkan
dengan ayat ini adalah seorang yang bernama Habib Ali Al-Ja’fary
Ash-Shufy dalam sebuah kasetnya yang berjudul Maqoshidul Mu`minah wa
Qudwatuha fil Hayah.
Bantahan:
Berdalilkan dengan ayat ini untuk membolehkan
maulid adalah suatu bentuk penafsiran firman Allah Ta’ala dengan
penafsiran yang tidak pernah ditafsirkan oleh para ulama salaf dan
mengajak kepada suatu amalan yang tidak pernah dikerjakan oleh para
ulama salaf. Ini adalah perkara yang tidak diperbolehkan
sebagaimana telah lalu penegasannya pada bab Pertama (Sila lihat buku
Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi dalam buku penulis; rujuk
sunniy.wordpress.com - edt).
Ibnu ‘Abdil Hady Rahimahullahu berkata dalam Ash-Shorimil Munky fir Roddi ‘alas Subky, hal. 427:
“… Dan tidak boleh memunculkan penafsiran terhadap suatu ayat atau sunnah dengan penafsiran yang tidak pernah ada di zaman para ulama salaf, yang mereka tidak diketahui dan tidak pernah pula mereka jelaskan kepada umat. Kerana perbuatan ini mengandung (tudingan) bahawa mereka tidak mengetahui kebenaran, lalai darinya. Sedang yang mendapat hidayah kepada kebenaran itu adalah seorang pengkritik yang datang pada kebelakangan, maka bagaimana lagi jika penafsiran tersebut menyelisihi dan bertentangan dengan penafsiran mereka ?!”.
Para
pembesar ulama tafsir telah menafsirkan ayat yang mulia ini dan tidak
terdapat sedikitpun dalam penafsiran mereka bahawa yang diinginkan
dengan rahmat di sini adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam. Yang ada hanyalah bahawa rahmat yang diinginkan di sini adalah Al-Qur`an dan Al-Islam sebagaimana yang diinginkan dalam ayat sebelumnya, iaitu firman Allah Ta’ala:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ
لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran dari Tuhan kamu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada, serta petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya …” (Yunus : 57-58)
Inilah
penafsiran yang disebutkan oleh Al-Imam Abu Ja’far Muhammad bin Jarir
Ath-Thobary Rahimahullahu dalam Tafsir beliau (Lihat: Juz 15, halaman
105).
Imam Al-Qurthuby Rahimahullahu berkata ketika menafsirkan ayat di atas: “Abu Sa’id Al-Khudry dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu‘anhuma berkata:
“Kurnia Allah adalah Al-Qur`an dan rahmat-Nya adalah Al-Islam”. Juga dari keduanya (berkata), “Kurnia Allah adalah Al-Qur`an dan rahmat-Nya adalah dia menjadikan kamu ahli Qur`an”. Dari Al-Hasan, Adh-Dhohak, Mujahid, dan Qotadah, mereka menafsirkan, “Kurnia Allah adalah iman dan rahmat-Nya adalah Al-Qur`an”. (Lihat Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an juz8, halaman353)
Imam Ibnul Qoyyim Rahimahullahu berkata dalam Ijtima’ul Juyusy Al-Islamiyah ‘ala Ghozwul Mu’aththilah wal Jahmiyah halaman 6:
“Perkataan para ulama salaf sekitar di atas penafsiran bahawa kurnia Allah dan rahmat-Nya adalah Al-Islam dan As-Sunnah”.
Sesungguhnya
yang menjadi rahmat bagi manusia bukanlah kelahiran baginda, akan
tetapi rahmat itu hasilnya hanyalah ketika baginda diutus kepada
mereka. Makna inilah yang ditunjukkan oleh nas-nas syari’at:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Maksudnya:
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. (Al-Anbiya`: 107)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam telah bersabda:
إِنِّي لَـمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً
“Sesungguhnya
saya tidaklah diutus sebagai seorang yang suka melaknat, akan tetapi
saya diutus hanya sebagai rahmat.” (HR. Muslim no. 2599 dari Abu
Hurairah Radhiallahu‘anhu)
Syaikh Abdullah bin Muhammad bin Humaid Rahimahullahu berkata ketika menyebutkan tentang Abu Sa’id Al-Kaukabury (Dia adalah orang yang pertama kali merayakan maulid di negeri Maushil sebagaimana yang telah berlalu penjelasannya):
“Dia mengadakan perayaan tersebut pada malam kesembilan (Rabi’ul Awal) menurut yang dikuatkan oleh para ahli hadis bahawa baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dilahirkan pada malam itu (kesembilan) dan baginda wafat pada tanggal 12 Rabi’ul Awal menurut kebanyakan para ulama” (Lihat kitab beliau Ar-Rasa`ilul Hisan fii Fadho`ihil Ikhwan halaman 49).
Maka
betapa menghairankan bagi para pelaku maulid ini, mereka bergembira
dan bersenang-senang pada tanggal diwafatkannya Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam (12 Rabi’ul Awwal), sementara hari
kelahiran baginda adalah tanggal 8 Rabi‘ul Awwal menurut pendapat yang
paling kuat, maka apakah ada kerosakan dan kerancuan akal yang lebih
parah dari ini?!
Ibnul Hajj Rahimahullahu berkata dalam Al-Madkhal (juz 2, halaman 15):
“Kemudian yang sangat menghairankan, mereka membolehkan merayakan maulid disertai dengan nyanyian, kegembiraan, dan keceriaan kerana kelahiran baginda ‘Alaihis sholatu wassalam -sebagaimana yang telah berlalu- pada bulan yang mulia ini. Padahal pada bulan ini juga baginda ‘Alaihis sholatu wassalam berpindah menuju kemuliaan Tuhannya ’Azza wa Jalla (yakni wafat – pent) yang mengejutkan ummat (para sahabat – pent). Mereka (para sahabat) ditimpa musibah besar yang tidak ada satu musibah pun yang mampu menandingi musibah ini selama-lamanya. Oleh kerana itu, keharusan atas setiap muslim adalah menangis, banyak-banyak bersedih, dan merenungi dirinya masing-masing terhadap musibah ini …”
Kemudian kita katakan kepada mereka,
“Bukankah ayat ini turun kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam?! Lantas kenapa baginda tidak pernah merayakan maulid sebagai bentuk pengamalan bagi ayat?! Kenapa juga baginda tidak pernah memerintahkan para sahabat dan keluarga baginda untuk melakukannya?! Padahal baginda adalah orang yang paling bersemangat mengajari manusia dengan perkara yang bermanfaat bagi mereka dan yang mendekatkan mereka kepada Penciptanya”.
“Bukankah ayat ini turun kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam?! Lantas kenapa baginda tidak pernah merayakan maulid sebagai bentuk pengamalan bagi ayat?! Kenapa juga baginda tidak pernah memerintahkan para sahabat dan keluarga baginda untuk melakukannya?! Padahal baginda adalah orang yang paling bersemangat mengajari manusia dengan perkara yang bermanfaat bagi mereka dan yang mendekatkan mereka kepada Penciptanya”.
(Rujukan: Al-Bida’ Al-Hauliyah hl. 173-177 dan Ar-Roddu ‘ala Syubuhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat pertama)
Kedua: Firman Allah ‘Azza wa Jalla dalam surah Al-Ahzab ayat 56:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
Mereka
mengatakan bahawa perayaan maulid boleh memberi motivasi sekaligus
sarana untuk berselawat kepada Rasul Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam.
Bantahan:
Syaikh
Hamud At-Tuwaijiri Rahimahullahu berkata dalam Ar-Roddul Qowy, halaman
70-71: “Sungguh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam telah
memberi motivasi untuk memperbanyakkan berselawat kepada baginda di
waktu-waktu tertentu, seperti pada hari Jumaat, setelah azan, ketika
nama baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam disebut, dan
waktu-waktu lainnya. Sekalipun demikian, baginda tidak pernah
memerintahkan atau memberi motivasi untuk berselawat kepada baginda
pada malam maulid baginda sendiri. Jadi, sesungguhnya (yang semestinya)
diamalkan adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Rasululullah
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan (yang semestinya)
ditolak adalah segala sesuatu yang tidak baginda perintahkan”. Selesai
dengan sedikit perubahan.
Syaikh
Al-Muqthiry dalam Al-Mawrid (halaman 18) menyatakan: “Berselawat
kepada Nabi adalah perkara yang dituntut terus-menerus, bukan hanya di
awal tahun atau dua hari dalam seminggu.
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai
orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
Baginda ‘alaihish sholatu wassalam bersabda:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا
“Barangsiapa
yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya
sepuluh kali” (HR. Muslim no. 384 & 408 dari ‘Abdullah bin ‘Amr
ibnul ‘Ash dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhuma).
Baginda
telah memerintahkan untuk berselawat kepadanya setelah azan, dalam
solat dan demikian pula ketika nama baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam disebut.
Baginda bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ علَيَّ
“Kecelakaan
bagi seseorang yang mendengar namaku disebut di sisinya, lantas dia
tidak berselawat kepadaku” (HR. Muslim no. 384 & 408 dari ‘Abdullah
bin ‘Amr ibnul ‘Ash dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhuma)
الْبَخِيْلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
“Orang
yang kikir (kedekut) adalah orang yang apabila namaku disebutkan di
sisinya, lalu dia tidak berselawat atasku” (HR. At-Tirmidzi no: 3546
dan An-Nasa`i dalam Al-Kubra no: 8100 & 9883 dari Al-Husain bin
‘Ali Radhiallahu‘anhuma dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul
Jami’ no. 2878).
(Rujukan:
Ar-Roddu ‘ala Syubuhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat kedua
dan Al-Mawrid fii Hukmil Ihtifal bil Maulid hal. 18)
Ketiga: As-Suyuthi
berkata dalam Al-Hawy (1/196-197): “…lalu saya melihat Imamul Qurro`,
Al-Hafizh Syamsuddin Ibnul Jauzy berkata dalam kitab beliau yang
berjudul ‘Urfut Ta’rif bil Maulid Asy-Syarif dengan nas sebagai berikut:
“Telah diperlihatkan Abu Lahab setelah meninggalnya di dalam mimpi.
Dikatakan kepadanya, “Bagaimana keadaanmu?”, dia menjawab, “Di dalam
Neraka, hanya saja diringankan bagiku (siksaan) setiap malam isnin dan
dituangkan di antara dua jariku air sebesar ini (dia berisyarat dengan
hujung jarinya) kerana saya memerdekakan Tsuwaibah ketika dia
memberitahu khabar gembira kepadaku tentang kelahiran Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan kerana dia telah menyusuinya.”
(Lanjutan ucapan Ibnul Jauzi – edt) Jika Abu Lahab yang kafir ini, yang
Al-Qur`an telah turun mencelanya, diringankan (siksaannya) di Neraka
dengan sebab kegembiraan dia dengan malam kelahiran Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam, maka bagaimana lagi keadaan seorang
muslim yang bertauhid dari kalangan ummat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam yang gembira dengan kelahiran baginda dan
mengerahkan seluruh kemampuannya dalam mencintai baginda Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam?!, Saya bersumpah bahawa tidak ada
balasannya dari Allah Yang Maha Pemurah, kecuali Dia akan memasukkannya
berkat keutamaan dari-Nya ke dalam syurga-syurga yang penuh
kenikmatan.”
Kisah
ini juga digunakan sebagai dalil oleh Muhammad bin ‘Alwi Al-Maliki
dalam risalahnya Haulal Ihtifal bil Maulid (halaman 8) tatkala dia
berkata: “Telah datang dalam Sahih Al-Bukhari bahawa diringankan
siksaan Abu lahab setiap hari Isnin dengan sebab dia memerdekakan
Tsuwaibah ….”
Bantahan:
Penyandaran
kisah di atas kepada Imam Al-Bukhari adalah suatu kedustaan yang nyata
sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikh At-Tuwaijiri dalam Ar-Roddul
Qowy halaman 56. Kerana tidak ada dalam riwayat Al-Bukhari sesuatupun
yang disebutkan dalam kisah di atas.
Berikut
konteks hadis ini dalam riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya no.
4711 secara mursal [*] dari ‘Urwah bin Zubair Rahimahullahu:
“Tsuwaibah, dulunya adalah hamba wanita kepada Abu Lahab. Abu Lahab
membebaskannya, lalu dia menyusui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam. Tatkala Abu Lahab mati, dia diperlihatkan kepada
sebahagian keluarganya (dalam mimpi) tentang kejelekan keadaannya.
Mereka (keluarganya ini) berkata kepadanya: “Apa yang engkau dapat?”,
Abu Lahab menjawab: “Saya tidak mendapati setelah kamu kecuali saya
diberi minum sebanyak ini (Yakni jumlah yang sangat sedikit) kerana
saya memerdekakan Tsuwaibah.”
[*]
Hadis Mursal adalah perkataan seorang tabi’in berkata “Rasululullah
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam bersabda ….”, atau dia
(tabi’in) menyandarkan sesuatu kepada Nabi Shallallahu alaihi wasallam.
Hadis mursal termasuk dalam sebahagian hadis lemah menurut pendapat
paling kuat di kalangan para ulama.
Syubhat ini dibantah dari beberapa sisi:
Hadis
tentang diringankannya siksa Abu Lahab ini telah dikaji oleh para
ulama dari zaman ke zaman. Akan tetapi tidak ada seorangpun di antara
mereka yang menjadikannya sebagai dalil disyari’atkannya perayaan
maulid.
Ini
adalah hadis mursal sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Hafizh dalam
Al-Fath (yakni Fathul Baari – edt) (Juz 9, halaman 49) kerana ‘Urwah
tidak menyebutkan dari siapa dia mendengar kisah ini. Sedangkan hadis
mursal adalah termasuk golongan hadis-hadis dha’if (lemah) yang tidak
boleh diguna sebagai dalil.
Anggaplah
hadis ini sahih mausul (bersambung sampai kepada Nabi), maka yang
tersebut dalam kisah ini hanyalah mimpi. Sedangkan mimpi (selain mimpi
para Nabi) bukanlah wahyu yang boleh diterima sebagai hujah. Bahkan
disebutkan oleh sebahagian ahlil ilmi bahawa yang bermimpi di sini
adalah Al-‘Abbas bin ‘Abdil Muttholib dan mimpi ini terjadi sebelum
beliau masuk Islam.
Apa
yang dinukil oleh As-Suyuthi dari Ibnul Jauzy di atas bahawa Abu Lahab
memerdekakan Tsuwaibah kerana memberitakan kelahiran Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan kerana dia menyusui Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam adalah menyelisihi apa yang telah tetap
di kalangan para ulama sirah (sejarah). Kerana dalam buku-buku sirah
ditegaskan bahawa Abu Lahab memerdekakan Tsuwaibah (waktunya) jauh
setelah Tsuwaibah menyusui Nabi Shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam.
Al-Hafizh
Ibnu ‘Abdil Barr Rahimahullahu berkata dalam Al-Isti’ab (Juz 1,
halaman 12) ketika beliau membawakan biografi Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa ‘ala alihi wasallam. Setelah menyebutkan kisah Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam disusukan kepada Tsuwaibah, beliau
menyatakan: “…Dan Abu Lahab memerdekakannya setelah Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam berhijrah ke Madinah.” (Lihat juga
Ath-Thobaqot karya Muhammad bin Sa’ad bin Mani` Az-Zuhry Rahimahullahu
(1/108-109), Al-Fath (9/48), dan Al-Ishobah (4/250))
Kandungan kisah ini
menyelisihi zahir Al-Qur`an yang menegaskan bahawa orang-orang kafir
tidak akan mendapatkan manfaat dari amalan baiknya sama sekali di
akhirat, akan tetapi hanya dibalas di dunia.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menegaskan:
وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
Maksudnya: “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan”. (Al-Furqon : 23) (Lihat Fathul Bari (9/49), kecuali Abu Thalib yang diringankan siksanya kerana membela Nabi, sebagaimana dalam riwayat Muslim)
Kegembiraan
yang dirasakan oleh Abu Lahab hanyalah kegembiraan yang sifatnya
tabi’at manusia biasa kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam adalah anak kepada saudaranya (anak buah – edt). Sedangkan
kegembiraan manusia tidaklah diberikan pahala kecuali bila kegembiraan
tersebut muncul kerana Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Buktinya, setelah Abu Lahab mengetahui kenabian anak
buahnya, diapun memusuhinya dan melakukan tindakan-tindakan yang kasar
padanya. Ini bukti yang kuat menunjukkan bahawa Abu Lahab bukan gembira
kerana Allah, tapi gembira kerana lahirnya seorang anak buahnya.
Gembira seperti ini ada pada setiap orang.
(Rujukan:
Al-Bida’ Al-Hauliyah halaman 165-170, Ar-Roddu ‘ala Syubuhati man
Ajazal Ihtifal bil Maulid syubhat keenam dan Al-Hiwar ma’al Maliki
Syubhat pertama)
continued.....
0 comments:
Post a Comment