Ketiga Belas: Sebahagian mereka berdalih bahawa sebahagian ulama sunnah ada yang memperbolehkan perayaan maulid, seperti Imam As-Suyuthi Rahimahullahu dan yang lainnya.
Maka kami hanya mengikuti mereka kerana mereka adalah orang yang berilmu.
Bantahan:
Tidak
diragukan bahawa ucapan ini adalah ucapan yang penuh dengan fanatisme,
taqlid, dan kesombongan yang telah diharamkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala sebagaimana yang telah berlalu penjelasannya pada bab kelima
dari buku ini.
Kemudian, perselisihan para ulama dalam masalah ini (yakni bid’ah maulid) adalah perselisihan yang sifatnya tadhadh (saling berlawanan dan menafikan), yang salah satunya adalah kebenaran dan yang lainnya adalah kebatilan, bukan perselisihan tanawwu’ (cabang) yang sifatnya masih menerima toleransi dan kompromi.
Sebagai seorang muslim, hendaklah mengembalikan semua perselisihan hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, sebagaimana yang telah kami tegaskan pada bab pertama. (Lihat Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi - edt).
Keempat Belas: Pengakuan
dari seseorang yang bernama Muhammad ‘Utsman Al-Mirghony dalam
muqaddimah kitabnya yang berjudul Al-Asror Ar-Robbaniyah, halaman 7.
Dia menyatakan bahawa dia menerima syari’at perayaan maulid ini langsung dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dalam mimpinya.
Bantahan:
Al-‘Allamah Isma’il Al-Anshory Rahimahullahu berkata dalam Al-Qaulul Fashl:
“Sesungguhnya bersandar di atas pengakuan bahawa seseorang menerima perintah-perintah Nabi Shallallahu’alaihi wasallam dalam mimpi untuk merayakan maulid Nabi Shallallahu’alaihi wasallam tidaklah dipandang, kerana mimpi dalam tidur tidak dapat menetapkan sunnah yang tidak ada dan tidak dapat membatalkan sunnah yang sudah ada sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama.”
“Sesungguhnya bersandar di atas pengakuan bahawa seseorang menerima perintah-perintah Nabi Shallallahu’alaihi wasallam dalam mimpi untuk merayakan maulid Nabi Shallallahu’alaihi wasallam tidaklah dipandang, kerana mimpi dalam tidur tidak dapat menetapkan sunnah yang tidak ada dan tidak dapat membatalkan sunnah yang sudah ada sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama.”
Imam Abu Zakaria An-Nawawy
Rahimahullahu berkata dalam menjelaskan perkataan Imam Muslim
Rahimahullahu tentang “Menyingkap aib-aib para perawi hadis” dalam Sahih
Muslim (1/115): “Tidak boleh menetapkan hukum syar’i dengannya (iaitu
dengan mimpi), kerana keadaan tidur bukanlah keadaan menghafal dan
yakin terhadap apa yang didengari oleh seseorang yang bermimpi
tersebut. Mereka telah bersepakat bahawa termasuk syarat orang yang
diterima riwayat dan persaksiannya adalah orang yang terjaga, bukan
orang yang lalai, bukan orang yang buruk hafalannya, dan tidak banyak
salah (dalam hafalan), …”
Inilah hukum semua mimpi selain mimpi para Nabi yakni tidak boleh menetapkan syari’at yang tidak pernah dituntut oleh Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dan sebaliknya mimpi tidak boleh
menghapuskan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam dalam hidup baginda, walaupun yang dia
lihat di dalam mimpinya adalah betul Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala
alihi wasallam. Akan tetapi hal ini tentunya tidak mungkin.
Yang dilihat di dalam mimpnya pasti adalah syaitan yang mengaku
sebagai Nabi Shallallahu‘alaihi wasallam, kerana tidak mungkin baginda
memerintahkan sesuatu yang telah baginda larang ketika baginda masih
hidup.[*]
[*]Terdapat
hadis yang sahih dari Nabi menyatakan: “Barangsiapa yang melihatku
dalam mimpi, maka seakan-akan dia melihatku dalam keadaan jaga, serta
syaitan tidak dapat menyerupaiku.” Namun, disini tidak ada yang
menghalang syaitan untuk berpura-pura mengaku sebagai Nabi dalam
keadaan menyerupai mana-mana wajah selain wajah Nabi, Wallahua’lam.
(Tambahan – edt)
Imam Asy-Syathibi Rahimahullahu berkata dalam Al-I’tisham (Juz 1, halaman 209): “Mimpi selain para Nabi tidak dapat dihukum sebagai syari’at,
bagaimanapun keadaannya kecuali mestilah diperhadapkan kepada sesuatu
yang ada di depan kita berupa hukum-hukum syari’at (yakni telah ada hukum tersebut di dalam Al-Kitab dan As-Sunnah).
Jika hukum-hukum syari’at ini membolehkannya, maka kita amalkan
berdasarkan hukum-hukum itu. Jika tidak, maka wajib untuk ditinggalkan
dan berpaling darinya. Faedahnya tidak lain adalah sekadar sebagai
khabar gembira (apabila mimpinya baik) atau peringatan (jikalau
mimpinya buruk). Adapun mengambil petikan-petikan hukum darinya, maka
tidak (boleh)!”
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat keempat belas]
Kelima Belas: As-Sakhawi (Beliau adalah salah seorang murid senior dari Al-Hafizh Ibnu Hajar Rahimahullahu) Rahimahullahu berkata:
“Jika
penganut salib (Nasrani/kristian) menjadikan malam kelahiran Nabi
mereka sebagai hari raya besar, maka penganut Islam lebih layak dan
lebih-lebih patut untuk memuliakan (Nabi mereka).”
Ini disebutkan oleh Hasyim Ar-Rifa’iy dan dia berdalil dengannya dalam membolehkan maulid sebagaimana dalam Ar-Roddul Qowy, halaman 25 karya Syaikh Hamud bin Abdillah At-Tuwaijiri Rahimahullahu.
Jawaban:
Tidak ada keraguan bahawa merayakan maulid dan menjadikannya sebagai hari raya adalah di bangun atas tasyabbuh (penyerupaan) kepada Nasrani,
sedangkan tasyabbuh kepada orang-orang kafir adalah perkara yang
diharamkan dan dilarang berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk darinya”. (HR. Abu Daud no. 4031 dari Ibnu ‘Umar Radhiallahu‘anhuma dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah (1/676) dan Al-Irwa` no. 2384)
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat kelima belas]
Continued......
0 comments:
Post a Comment