Kelapan: Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tentang keutamaan hari Jumaat:
“Sebaik-baik
hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat, padanya
diciptakan Adam, padanya dia diwafatkan, padanya dia dimasukkan ke
Syurga dan padanya dia dikeluarkan darinya, serta tidak akan tegak Hari
Kiamat kecuali pada hari Jumaat”. (HR. Muslim no: 854 dari Abu
Hurairah Radhiallahu‘anhu)
Dalam
kitab Haulal Ihtifal halaman 14, Muhammad ‘Alwy Al-Maliki menyatakan
bahawa jika hari Jumaat memiliki keutamaan kerana pada hari itu Nabi
Adam tercipta, maka tentunya hari ketika pimpinan para Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tercipta itu lebih layak untuk
mendapatkan keutamaan dan kemuliaan.
Bantahan:
Syaikh
At-Tuwaijiri Rahimahullahu berkata dalam Ar-Roddul Qowy (halaman 82):
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tidak
pernah mengkhususkan hari Jumaat untuk melaksanakan sesuatupun berupa
amalan-amalan sunnah, dan baginda telah melarang untuk mengkhususkan
hari Jumaat dengan berpuasa atau mengkhususkan malam Jumaat untuk solat
malam. Di dalam Sahih Muslim (no: 1144) dari Abu Hurairah
Radhiallahu‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam
bahawa baginda bersabda:
“Jangan
kamu mengkhususkan malam Jumaat di antara malam-malam lainnya dengan
mengerjakan solat malam dan jangan kamu khususkan hari Jumaat di antara
hari-hari lainnya dengan berpuasa, kecuali apabila (hari Jumaat)
bertepatan dengan hari kebiasaan salah seorang di antara kamu
berpuasa.”
Jika
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tidak mengkhususkan
hari Jumaat dengan sesuatu apapun berupa amalan-amalan sunnah (padahal
Adam ’alaihis salam diciptakan pada hari itu), maka apa hubungannya
dengan Ibnul ‘Alwy dan selainnya, yang menyebutkan pendalilan tersebut
tentang dibolehkannya perayaan maulid?!” Selesai dengan perubahan.
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhati man Ajazal Ihtifal bil Maulid, syubhat ketujuh]
Kesembilan: Hadis
Anas bin Malik Radhiallahu‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa ‘ala alihi wasallam bercerita ketika baginda melakukan Isra` dan
Mi’raj:
“Lalu
dia (Jibril) berkata: “Turun dan solatlah!”, maka saya pun turun lalu
mengerjakan solat. Lalu dia bertanya: “Tahukah engkau di mana engkau
solat? Engkau solat di Betlehem, tempat ‘Isa ‘alaihis salam
dilahirkan.” (HR. An-Nasa`i (1/221-222/450))
Hadis
ini dijadikan dalil oleh Muhammad ‘Alwy Al-Maliki dalam Haulal Ihtifal
(halaman 14-15) untuk membolehkan perayaan maulid. Sisi pendalilannya
adalah bahawa baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam
diperintahkan untuk memuliakan tempat kelahiran Nabi ‘Isa dengan cara
solat di atasnya. Maka hari dan tempat kelahiran Nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam lebih layak lagi untuk
dimuliakan dengan mengadakan perayaan maulid.
Bantahan:
Kisah
tentang solat baginda di Betlehem ini juga datang dari hadis Syaddad
bin ‘Aus Radhiallahu‘anhu riwayat Al-Bazzar dalam Al-Musnad (no: 3484)
dan Ath-Thobarony (7/282-283/7142) dan juga dari hadis Abu Hurairah
Radhiallahu‘anhu riwayat Ibnu Hibban dalam Al-Majruhin (1/187-188)
dalam biografi Bakr bin Ziyad Al-Bahily.
Ketiga-tiganya adalah hadis yang lemah dan mungkar.
Berikut kesimpulan bantahan Al-‘Allamah Al-Anshary Rahimahullahu dalam
Al-Qaulul Fashl, halaman. 138-145 terhadap kisah di atas:
(1) Hadis Anas bin Malik Radhiallahu‘anhu.
Ibnu
Katsir Rahimahullahu berkata setelah menyebutkan hadis ini dalam
rangkaian hadis-hadis tentang Isra` dan Mi’raj ketika menafsirkan ayat
pertama dari surah Al-Isra: “Di dalam kisah ini ada gharabah [*]
(keanehan) dan sangat mungkar”.
[*] Kata gharib
atau gharabah jika digunakan oleh At-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibnu
Katsir dalam Tafsirnya dan Az-Zayla’iy dalam Nashbur Royah maka
kebanyakannya bermakna dha’if (lemah).
Beliau
juga berkata dalam Al-Fushul fii Ikhtishori Sirotur Rosul, “Gharib
(aneh), sangat mungkar, dan sanadnya muqarib. Dalam hadis-hadis yang
sahih, ada perkara yang menunjukkan tentang kemungkarannya, wallahu
A’lam”.
Yakni
kisah tentang solatnya baginda Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam di Betlehem ini, tidak ada disebutkan dalam kisah Isra` dan
Mi’raj dalam hadis-hadis lain yang sahih.
(2) Hadits Syadad bin Aus Radhiallahu‘anhu.
Di dalam sanadnya ada perawi yang bernama Ishaq bin Ibrahim ibnul ‘Ala` Adh-Dhahhak Az-Zubaidy Ibnu Zibriq Al-Himshy.
Al-Hafizh
berkata dalam Al-Fath: “(Orangnya) Jujur, tapi banyak kesalahan (dalam
periwayatan). Muhammad bin ‘Auf mengungkapkan bahawa dia pendusta.”
Adz-Dzahabi
berkata dalam Al-Mizan: “An-Nasa`i berkata : “(Orangnya) tidak
tsiqah”. Abu Daud berkata: “Tidak ada apa-apa (tidak ada nilainya) dan
dia dianggap pendusta oleh Muhammad bin ‘Auf Ath-Tho`i, seorang ahli
hadis negeri Himsh.”
Ibnu Katsir Rahimahullahu berkata dalam Tafsirnya setelah menyebutkan jalan-jalan periwayatan hadis Syaddad
ini: “Tidak ada keraguan, hadis ini (maksudkannya adalah yang
diriwayatkan dari Syaddad bin Aus) mengandung beberapa perkara, di
antaranya ada yang sahih (sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Baihaqi),
dan di antaranya ada yang mungkar, seperti (kisah) solat (Nabi
–Shollallahu alaihi wa sallam-) di Betlehem dan (kisah) pertanyaan (Abu
Bakar) Ash-Shiddiq tentang sifat Baitul Maqdis dan selainnya, wallahu
A’lam.”
(3) Hadits Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu.
Di dalam sanadnya terdapat Bakr bin Ziyad Al-Bahily. Ibnu Hibban berkata: “Syaikh
pendusta, membuat hadis palsu dari para tsiqat (perawi-perawi
terpercaya), tidak halal menyebut namanya dalam kitab-kitab kecuali
untuk dicela.”
Beliau juga berkata memberi komentar hadis Abu Hurairah di atas: “Ini
adalah sesuatu yang orang awam ahli hadis tidak akan ragu lagi bahawa
ini adalah palsu, lebih-lebih lagi pakar dalam bidang ini.”
(Perkataan beliau ini dinukil oleh Ibnul Jauzy dalam Al-Maudhu’at
(1/113-114), Adz-Dzahaby dalam Al-Mizan (1/345) dan Asy-Syaukany dalam
Al-Fawa`id Al-Majmu’ah fil Ahadits Al-Maudhu’ah halaman 441)
Ibnu
Katsir berkata berkata dalam Al-Fushul fii Ikhtishori Sirotur Rosul
(halaman 22) dalam memberi komentar hadis Abu Hurairah ini: “Juga tidak
sahih kerana keadaan Bakr bin Ziyad yang telah berlalu.” Yakni beliau
menghukuminya sebagai perawi yang matruk (ditinggalkan hadisnya).
Sebagai kesimpulan,
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullahu berkata dalam tafsir surah
Al-Ikhlash halaman 169: “Apa yang diriwayatkan oleh sebahagian mereka
tentang hadis Isra` bahawa dikatakan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
‘ala alihi wasallam: “Ini adalah baik, turun dan solatlah”, maka
baginda turun lalu solat, “Ini adalah tempat bapakmu, turun dan
solatlah”, merupakan (riwayat) dusta dan palsu. Nabi Shallallahu
‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam tidak pernah solat pada malam itu
kecuali di Masjid Al-Aqsha sebagaimana dalam As-Sahih dan baginda tidak
pernah turun kecuali padanya.”
Ibnul
Qayyim Rahimahullahu dalam Zadul Ma’ad berkata: “Kononnya khabar
tentang baginda turun di Betlehem dan solat padanya. Padahal hal itu
tidak benar dari baginda selama-lamanya.” (Selesai dari Al-Qaulul
Fashl)
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat kesembilan]
Kesepuluh: Sesungguhnya
para penya’ir dari kalangan sahabat, seperti Ka’ab bin Zuhair, Hassan
bin Tsabit, dan yang lainnya Radhiallahu‘anhum, mereka membacakan
sya’ir-sya’ir pujian kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam dan baginda redha dengan perbuatan mereka serta membalas
mereka dengan membacakan selawat dan mendo’akan kebaikan kepada mereka.
Ini dijadikan dalil oleh Hasyim Ar-Rifa’iy sebagaimana dalam Ar-Roddul Qowy halaman 78.
Bantahan:
Al-‘Allamah
At-Tuwaijiri Rahimahullahu berkata dalam Ar-Roddul Qowy, halaman 79:
“Tidak pernah pun disebutkan dari salah seorang para penya’ir sahabat
radhiyallahu ‘anhum bahawa mereka mengungkapkan kecintaan mereka kepada
Nabi Shallallahu‘alaihi wasallam dengan melantunkan qasidah-qasidah
(sya’ir-sya’ir) pada malam kelahiran baginda, akan tetapi kebanyakan
mereka melantunkannya ketika terjadinya penaklukan suatu negeri dan
ketika mengalahkan musuh-musuh. Di bangun di atas dasar ini, bererti
pelantunan (sya’ir) di depan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam bukanlah sesuatu yang pernah dilakukan oleh Ka’ab bin Zuhair,
Hassan bin Tsabit, dan selain keduanya dari kalangan para penya’ir
sahabat, (bukanlah) merupakan perkara yang boleh dipegang oleh
Ar-Rifa’iy dan selainnya dalam menguatkan bid’ah maulid.” (Selesai
dengan sedikit meringkas).
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat kesepuluh]
Kesebelas: Sesungguhnya perayaan maulid adalah kumpulan zikir, sedekah, dan pengagungan terhadap sisi kenabian. Dan semua perkara ini tentunya merupakan perkara yang dituntut dan dipuji dalam syari’at Islam.
Jawaban:
Tidak
diragukan bahawa semua yang disebutkan di atas berupa zikir, sedekah,
dan mengingat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam merupakan
ibadah, bahkan termasuk di antara ibadah yang memiliki kedudukan yang
besar dalam Islam. Akan tetapi perlu diketahui, bahawa ibadah akan
diterima setelah dipenuhi dua syarat, ikhlas dan sesuai dengan petunjuk
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam (Lihat kembali bab
Syarat Diterimanya Amalan). Kemudian, di antara kaedah yang masyhur di
tengah para ulama dan para penuntut ilmu bahawa suatu ibadah apabila
perintah pelaksanaannya datang dalam bentuk umum (yakni tidak terikat
dengan suatu waktu mahupun tempat), maka ibadah tersebut juga mesti
dilaksanakan secara mutlak tanpa mengkhususkan waktu dan tempat
tertentu, apabila dikhususkan tanpa adanya dalil maka perbuatan tersebut
dihukumi sebagai bid’ah (Kaedah ini disebutkan oleh Syaikh Nashirudin
Al-Albany dalam Ahkamul Jana`iz halaman 306). Oleh kerana itulah,
adalah termasuk bid’ah tatkala mengkhususkan pelaksanaan ibadah zikir,
sedekah, dan mengingat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam
hanya pada tarikh kelahiran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi
wasallam.
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat ke sebelas]
Kedua Belas: Sesungguhnya
perayaan maulid adalah perkara yang dianggap baik oleh banyak ulama
dan telah diterima, bahkan dilangsungkan secara turun temurun oleh
kebanyakan kaum muslimin dikebanyakan negeri-negeri kaum muslimin.
Maka
tentunya hal itu adalah kebaikan kerana kaedah yang diambil dari hadis
Ibnu Mas’ud Radhiallahu‘anhu menyatakan bahawa: “Apa-apa yang dianggap
baik oleh kaum muslimin, maka itu juga baik di sisi Allah.”
Ini adalah termasuk dalil yang disebutkan oleh Muhammad bin ‘Alwy Al-Maliki dalam Haulal Ihtiffal halaman 15.
Bantahan:
Telah berlalu jawaban atas hadis Ibnu Mas’ud Radhiallahu‘anhu pada bab ketiga. (Sila lihat buku Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi dalam buku penulis; rujuk sunniy.wordpress.com - edt). Siapa yang dimaksudkan sebagai ulama oleh Al-Maliki di sini??!
Kalau yang dia maksudkan adalah para sahabat serta orang-orang yang
mengikuti mereka dengan baik, maka ini adalah kedustaan atas nama
mereka. Kalau yang dia maksudkan adalah selain mereka dari kalangan Al-Qaramithah,
Al-Bathiniyah, dan Shufiah, maka Al-Maliki benar kerana sememangnya
perayaan maulid, tidaklah ia muncul kecuali atas inisiatif mereka,
sebahagian mereka (yakni Al-Bathiniyyah) telah dikafirkan oleh para
ulama. Lihat bab kesembilan dari buku ini. (Studi Kritis Perayaan Maulid Nabi).
Syaikh Sholeh Al-Fauzan Hafizhahullah berkata dalam risalah beliau Hukmul Ihtifal bi Dzikril Maulid An-Nabawy: “Yang
menjadi hujah adalah sesuatu yang tsabit (sahih) dari Rasul
Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam. Sedang yang tsabit dari
Rasul Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam adalah larangan
berbuat bid’ah secara umum, dan ini (yakni perayaan maulid) di antara
bentuknya.
Amalan manusia, jika menyelisihi dalil maka bukanlah hujah walaupun jumlah mereka banyak.
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.” (Al-An’am : 116)
Itupun akan terus menerus ada (berkat nikmat Allah) pada setiap zaman orang-orang yang mengingkari bid’ah ini dan
menjelaskan kebatilannya. Jadi, tidak ada hujah pada amalan orang yang
terus menghidupkan (bid’ah ini) setelah jelas baginya kebenaran.”
[Rujukan: Ar-Roddu ‘ala Syubhat man Ajazal Maulid syubhat kedua belas]
Continued....
0 comments:
Post a Comment